Tuesday, December 28, 2010

iklan tender makanan PAPN dungun

tuan,puan

IKLAN SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK ISLAM DI PUSAT ANAK PERMATA NEGARA

syarikat-syarikat yang berkenaan adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga bagi sebut harga Bil JPM/S/PA/41/2011- Sebut harga perbekalan makanan bermasak islam untuk 40 orang anak bagi Pusat Anak Permata Negara Dungun, Kg Baru Kuala Abang, 23050 Dungun, Terengganu.

borang boleh di dapati di Pusat Anak Permata Negara Kg Baru Kuala Abang.
tarikh tutup : 07 January 2011 (JUMAAT)
masa : 12. 00 tengah hari

blog PAPN Dungun under construction

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Untuk makluman semua blog PAPN Dungun masih dalam proses kemaskini dan dalam proses baik pulik atas beberapa masalah teknikal. Blog ini akan kembali ceria menjelang tahun baru 2011. Segala aktiviti yang berlaku sepanjang tahun 2010 akan dimasukan di dalam blog ini dari masa ke semasa. Kepada semua layarilah blog PAPN Dungun untuk melihat aksi kanak-kanak dan aktiviti yang dijalankan di sini. Terima kasih. Segala kekurangan harap di maafkan. Ikhlas dari warga PAPN Dungun.

Monday, June 21, 2010

SUKANEKA DAN HARI KELUARGA

























































sukaneka PAPN Dungun telah berlangsung pada 29 mei 2010 bersamaan hari sabtu di Pantai Batu Pelanduk Rantau Abang. acara telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan acara kanak-kanak 1 -2 tahun. pelbagai acara telah dijalankan seperti acara kanak-kanak dan acara ibu bapa. bagi acara kanak-kanak seperti lari berhalangan, tiup belon,bola dalam sudu dan pelbagai lagi.

bagi acara ibu bapa pula adalah seperti cari gula-gula dalam tepung, belon air, tarik tali, ikat kaki,makan buah dan banyak lagi. bagi acara tarik tali diantara kaum ibu dan pendidik telah dimenangi oleh kumpulan pendidik.

acara sukaneka yang dijalankan sungguh meriah kerana kawasan yang berhampiran dengan pantai dan permandangan yang indah. semoga acara sebegini mendapat sambutan yang lebih baik dari masa ke semasa.

Sunday, April 18, 2010

PEMERIKSAAN GIGI
















Pada bulan mac yang lalu, pemeriksaan gigi telah dilakukan bagi memastikan tahap kebersihan dan kesihatan gigi anak-anak di PERMATA terjaga. Terdapat beberapa kanak-kanak yang mengalami kerosakan gigi dan dinasihati agar selalu memberus gigi selepas makan dan sebelum tidur. Kanak-kanak di sini dapat menjalankan pemeriksaan gigi dan tidak ada yang menangis. Semoga gigi kanak-kanak di sini sentiasa sihat dan kuat.

Friday, March 5, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DI PAPN DUNGUN










Sempena sambutan Maulidul Rasul 1431 H, Pusat Anak permata Negara Dungun telah mengadakan satu majlis bagi mengingati Rasul junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada hari khamis 4.3.2010 jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi.
Majlis ini dihadiri oleh ibu bapa dan anak-anak permata serta beberapa orang kampung sekitar PAPN ini. Majlis di mulakan dengan berselawat dan berarak di sekitar KG Baru ini. anak-anak permata juga terlibat dalam perarakan tersebut. Apabila selesai berselawat, majlis diteruskan pula dengan ceramah agama dari Ustaz Izani yang merupakan bapa kepada anak di permata ini. majlis tamat pada jam 9.00 pagi dan diakhiri dengan jamuan ringan. semoga majlis ini akan diberkati oleh Allah S.W.T dan akan diteruskan lagi pada tahun hadapan. Terima kasih juga di ucapkan kepada semua warga PAPN kerana menjayakan majlis tersebut.





Wednesday, March 3, 2010

PERSEMBAHAN NASYID DARI SEK MEN (A) SULTAN ISMAIL DUNGUN










terima kasih diucapkan kepada warga SMKASI kerana sudi datang untuk mebuat persembahan di hadapan anak-anak permata. kedatangan kalian memberi satu perasaan yang gembira buat anak-anak permata dan terima kasih juga kerana memberi peluang kepada mereka untuk mencuba alat muzik tersebut. ini pengalaman yang bermakna buat anak-anak permata.



MARI MENABUNG..wakil dari Agro Bank Dungun
















pada 25/2/2010 wakil dari Agro Bank Dungun telah datang ke PAPN Dungun untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang baru mendaftarkan anaknya membuka akaun baru. duit simpanan tabung kanak-kanak juga turut disimpan dan diberi kepada wakil dari Agro Bank. setiap 2 bulan sekali, pihak Agro bank akan datang untuk mengemaskini akaun kanak-kanak.

syoknya mandi

Wednesday, February 17, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN DARI KLINIK KUALA ABANG DUNGUN



























































Pada 17.2.2010 bersamaan hari rabu, satu lawatan pemeriksaan dari klinik kesihatan Kuala Abang, Dungun telah membuat pemeriksaan keatas semua anak-anak di Pusat Anak Permata Negara Dungun. Anak-anak disini telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Tidak ada penyakit berjangkit dan serius di PAPN ini dan anak-anak PERMATA kesemuanya berada dalam keadaan sihat. Pemeriksaan kesihatan ini akan berterusan pada setiap bulan bagi memastikan tahap kesihatan anak-anak PERMATA berada pada tahap yang baik. Memandangkan keadaan cuaca yang agak panas di sini, pihak kesihatan menasihatkan agar anak-anak PERMATA tidak di berada dibawah panas matahari terlalu lama. Pihak kesihatan juga menasihatkan agar meminum air masak dengan banyak supaya tidak mudah dijangkiti penyakit. Terima kasih kepada Klinik Kesihatan Kuala Abang kerana sudi datang ke PAPn Dungun.






Monday, January 11, 2010

LAWATAN KE TADIKA KEMAS KG BARU KUALA ABANG











Gambar-gambar ini dirakamkan sewaktu membuat lawatan ke TADIKA Kemas Kg Baru yang mana terletak bersebelahan dengan PAPN dungun ini. Lawatan ini dibuat kerana ingin menziarahi kawan-kawan lama yang pernah bersekolah di PAPn Dungun. kelihatan mereka yang pernah bersekolah di PAPN dungun ini tidak kekok apabila berada di sekolah baru. mereka ini juga dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. tidak kurang juga dengan anak-anak dari PAPN ini, mereka juga boleh berkomunikasi dengan orang lain dan boleh mendengar arahan dari cikgu lain. semoga anak-anak ini menjadi seorang yang berguna masa akan datang.


PROGRAM BERSAMA KOMUNITI
















Pada hari Jumaat bersamaan 8 Januari 2010,telah berlangsung majlis membuat bubur Asyura beramai-ramai di Kg Kuala Abang,Dungun yang melibatkan penduduk kampung tersebut. Kami pendidik dan pembantu PAPN DunguN sangat berbangga kerana di jemput untuk menyertai program ini dan melihat bagaimana bubur Asyura ini di buat. Sebagai generasi muda, program ini sangatlah penting kerana tidak ramai remaja dan generasi sekarang yang mahir dan pakar dalam membuat bubur asyura. Kami semua mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Kg Kuala Abang kerana telah menjemput kami dalam program tersebut. Program ini juga dalam mengeratkan lagi hubungan antara kami bersama warga kampung tersebut. Ini juga merupakan satu program dalam komuniti.