Monday, January 11, 2010

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI
















Pada hari Jumaat bersamaan 8 Januari 2010,telah berlangsung majlis membuat bubur Asyura beramai-ramai di Kg Kuala Abang,Dungun yang melibatkan penduduk kampung tersebut. Kami pendidik dan pembantu PAPN DunguN sangat berbangga kerana di jemput untuk menyertai program ini dan melihat bagaimana bubur Asyura ini di buat. Sebagai generasi muda, program ini sangatlah penting kerana tidak ramai remaja dan generasi sekarang yang mahir dan pakar dalam membuat bubur asyura. Kami semua mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Kg Kuala Abang kerana telah menjemput kami dalam program tersebut. Program ini juga dalam mengeratkan lagi hubungan antara kami bersama warga kampung tersebut. Ini juga merupakan satu program dalam komuniti.

No comments:

Post a Comment