Wednesday, February 17, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN DARI KLINIK KUALA ABANG DUNGUN



























































Pada 17.2.2010 bersamaan hari rabu, satu lawatan pemeriksaan dari klinik kesihatan Kuala Abang, Dungun telah membuat pemeriksaan keatas semua anak-anak di Pusat Anak Permata Negara Dungun. Anak-anak disini telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Tidak ada penyakit berjangkit dan serius di PAPN ini dan anak-anak PERMATA kesemuanya berada dalam keadaan sihat. Pemeriksaan kesihatan ini akan berterusan pada setiap bulan bagi memastikan tahap kesihatan anak-anak PERMATA berada pada tahap yang baik. Memandangkan keadaan cuaca yang agak panas di sini, pihak kesihatan menasihatkan agar anak-anak PERMATA tidak di berada dibawah panas matahari terlalu lama. Pihak kesihatan juga menasihatkan agar meminum air masak dengan banyak supaya tidak mudah dijangkiti penyakit. Terima kasih kepada Klinik Kesihatan Kuala Abang kerana sudi datang ke PAPn Dungun.






No comments:

Post a Comment