Friday, March 5, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DI PAPN DUNGUN










Sempena sambutan Maulidul Rasul 1431 H, Pusat Anak permata Negara Dungun telah mengadakan satu majlis bagi mengingati Rasul junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada hari khamis 4.3.2010 jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi.
Majlis ini dihadiri oleh ibu bapa dan anak-anak permata serta beberapa orang kampung sekitar PAPN ini. Majlis di mulakan dengan berselawat dan berarak di sekitar KG Baru ini. anak-anak permata juga terlibat dalam perarakan tersebut. Apabila selesai berselawat, majlis diteruskan pula dengan ceramah agama dari Ustaz Izani yang merupakan bapa kepada anak di permata ini. majlis tamat pada jam 9.00 pagi dan diakhiri dengan jamuan ringan. semoga majlis ini akan diberkati oleh Allah S.W.T dan akan diteruskan lagi pada tahun hadapan. Terima kasih juga di ucapkan kepada semua warga PAPN kerana menjayakan majlis tersebut.





No comments:

Post a Comment