Wednesday, February 17, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN DARI KLINIK KUALA ABANG DUNGUN



























































Pada 17.2.2010 bersamaan hari rabu, satu lawatan pemeriksaan dari klinik kesihatan Kuala Abang, Dungun telah membuat pemeriksaan keatas semua anak-anak di Pusat Anak Permata Negara Dungun. Anak-anak disini telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Tidak ada penyakit berjangkit dan serius di PAPN ini dan anak-anak PERMATA kesemuanya berada dalam keadaan sihat. Pemeriksaan kesihatan ini akan berterusan pada setiap bulan bagi memastikan tahap kesihatan anak-anak PERMATA berada pada tahap yang baik. Memandangkan keadaan cuaca yang agak panas di sini, pihak kesihatan menasihatkan agar anak-anak PERMATA tidak di berada dibawah panas matahari terlalu lama. Pihak kesihatan juga menasihatkan agar meminum air masak dengan banyak supaya tidak mudah dijangkiti penyakit. Terima kasih kepada Klinik Kesihatan Kuala Abang kerana sudi datang ke PAPn Dungun.






Monday, January 11, 2010

LAWATAN KE TADIKA KEMAS KG BARU KUALA ABANG











Gambar-gambar ini dirakamkan sewaktu membuat lawatan ke TADIKA Kemas Kg Baru yang mana terletak bersebelahan dengan PAPN dungun ini. Lawatan ini dibuat kerana ingin menziarahi kawan-kawan lama yang pernah bersekolah di PAPn Dungun. kelihatan mereka yang pernah bersekolah di PAPN dungun ini tidak kekok apabila berada di sekolah baru. mereka ini juga dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. tidak kurang juga dengan anak-anak dari PAPN ini, mereka juga boleh berkomunikasi dengan orang lain dan boleh mendengar arahan dari cikgu lain. semoga anak-anak ini menjadi seorang yang berguna masa akan datang.


PROGRAM BERSAMA KOMUNITI
















Pada hari Jumaat bersamaan 8 Januari 2010,telah berlangsung majlis membuat bubur Asyura beramai-ramai di Kg Kuala Abang,Dungun yang melibatkan penduduk kampung tersebut. Kami pendidik dan pembantu PAPN DunguN sangat berbangga kerana di jemput untuk menyertai program ini dan melihat bagaimana bubur Asyura ini di buat. Sebagai generasi muda, program ini sangatlah penting kerana tidak ramai remaja dan generasi sekarang yang mahir dan pakar dalam membuat bubur asyura. Kami semua mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Kg Kuala Abang kerana telah menjemput kami dalam program tersebut. Program ini juga dalam mengeratkan lagi hubungan antara kami bersama warga kampung tersebut. Ini juga merupakan satu program dalam komuniti.

Thursday, December 31, 2009

PENGAMBILAN JANUARI 2010

pengambilan kanak-kanak yang berumur bawah 4 tahun masih dibuka.borang permohonan boleh di ambil di PAPN DUNGUN atau menghubungi 09-8454582 (cik HERDAYANTI) untuk sebarang maklumat.