Tuesday, December 28, 2010
iklan tender makanan PAPN dungun
IKLAN SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK ISLAM DI PUSAT ANAK PERMATA NEGARA
syarikat-syarikat yang berkenaan adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga bagi sebut harga Bil JPM/S/PA/41/2011- Sebut harga perbekalan makanan bermasak islam untuk 40 orang anak bagi Pusat Anak Permata Negara Dungun, Kg Baru Kuala Abang, 23050 Dungun, Terengganu.
borang boleh di dapati di Pusat Anak Permata Negara Kg Baru Kuala Abang.
tarikh tutup : 07 January 2011 (JUMAAT)
masa : 12. 00 tengah hari
blog PAPN Dungun under construction
Monday, June 21, 2010
SUKANEKA DAN HARI KELUARGA
sukaneka PAPN Dungun telah berlangsung pada 29 mei 2010 bersamaan hari sabtu di Pantai Batu Pelanduk Rantau Abang. acara telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan acara kanak-kanak 1 -2 tahun. pelbagai acara telah dijalankan seperti acara kanak-kanak dan acara ibu bapa. bagi acara kanak-kanak seperti lari berhalangan, tiup belon,bola dalam sudu dan pelbagai lagi.
bagi acara ibu bapa pula adalah seperti cari gula-gula dalam tepung, belon air, tarik tali, ikat kaki,makan buah dan banyak lagi. bagi acara tarik tali diantara kaum ibu dan pendidik telah dimenangi oleh kumpulan pendidik.
acara sukaneka yang dijalankan sungguh meriah kerana kawasan yang berhampiran dengan pantai dan permandangan yang indah. semoga acara sebegini mendapat sambutan yang lebih baik dari masa ke semasa.
Sunday, April 18, 2010
PEMERIKSAAN GIGI
Friday, March 5, 2010
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DI PAPN DUNGUN
Sempena sambutan Maulidul Rasul 1431 H, Pusat Anak permata Negara Dungun telah mengadakan satu majlis bagi mengingati Rasul junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada hari khamis 4.3.2010 jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi.
Wednesday, March 3, 2010
PERSEMBAHAN NASYID DARI SEK MEN (A) SULTAN ISMAIL DUNGUN
MARI MENABUNG..wakil dari Agro Bank Dungun
Wednesday, February 17, 2010
PEMERIKSAAN KESIHATAN DARI KLINIK KUALA ABANG DUNGUN
Pada 17.2.2010 bersamaan hari rabu, satu lawatan pemeriksaan dari klinik kesihatan Kuala Abang, Dungun telah membuat pemeriksaan keatas semua anak-anak di Pusat Anak Permata Negara Dungun. Anak-anak disini telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Tidak ada penyakit berjangkit dan serius di PAPN ini dan anak-anak PERMATA kesemuanya berada dalam keadaan sihat. Pemeriksaan kesihatan ini akan berterusan pada setiap bulan bagi memastikan tahap kesihatan anak-anak PERMATA berada pada tahap yang baik. Memandangkan keadaan cuaca yang agak panas di sini, pihak kesihatan menasihatkan agar anak-anak PERMATA tidak di berada dibawah panas matahari terlalu lama. Pihak kesihatan juga menasihatkan agar meminum air masak dengan banyak supaya tidak mudah dijangkiti penyakit. Terima kasih kepada Klinik Kesihatan Kuala Abang kerana sudi datang ke PAPn Dungun.